Tuesday, October 23, 2012

Rakan Sihat Taman Muhibbah

Mulai bulan Oktober 2012 ini hingga 6 bulan akan datang diadakan program Rakan Sihat Taman Muhibbah.  Program ini adalah anjuran Pejabat Kesihatan Ledang dengan kerjasama Klinik Kesihatan Sungai Mati, Surau Al-Mahabbah dan Rukun Tetangga Taman Muhibbah.

Peserta terdiri dari penduduk Taman Muhibah dan sekitarnya. Terbuka kepada semua lapisan umur, tetapi warga emas diutamakan.

Program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya penjagaan kesihatan khususnya dari segi penyakit tidak berjangkit (NCD) iaitu seperti diabetes, hipertensi, jantung, kanser dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini adalah hasil dari gaya hidup yang kurang sihat ; dari segi pemakanan dan aktiviti fizikal. Para peserta diminta sentiasa menjaga pemakanan dan menjalankan aktiviti fizikal seperti 10,000 langkah sehari, berbasikal, berjalan cepat, bersenam dan sebagainya.

Pihak Klinik akan membuat pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa: memeriksa tekanan darah, berat badan, tahap gula dan kolesterol dalam darah, ukuran lilit pinggang. Selain itu ceramah-ceramah kesihatan juga diadakan yang akan disampaikan oleh pegawai-pegawai Pejabat Kesihatan dan Klinik.


Ceramah Pemakanan oleh Pegawai Sains Pemakanan, 
Pejabat Kesihatan Daerah Ledang. 

Thursday, April 19, 2012

Kumpulan Wirid Khaujakan

Akhir-akhir ini kehadiran wirid khaujakan agak kurang memuaskan. Wirid ini sebagai amalan tambahan untuk bekalan di akhirat kelak. Wirid ini telah disahkan oleh Jabatan Mufti Johor, sebagai wirid yang boleh diamalkan dan tidak menyelewang dari ajaran Islam sebenar. Hanya sekali seminggu, lebih baik isikan masa dengan zikir mengingati Allah daripada balik/duduk di rumah menonton TV. Kita hanya boleh mengajak, tetapi Allah yang memberi hidayah.
Masjid Jamik Dato' Ahmad, Kg Dato; Ab Rahman Yassin Kluang
Tempat diadakan majlis Khatam Al-Quran dan wirid Khaujakan 
pada 25 Mac, 2012.


Tuesday, September 27, 2011

10,000 langkah

Ahli kariah surau juga mengambil bahagian dalam program 10,000 langkah anjuran Klinik Kesihatan Sg Mati. 







Tuesday, September 06, 2011

Tazkirah Subuh - Indahnya Hidup Bersyariat.

Paling mudah untuk mengadakan majlis ilmu ialah dengan membaca buku/kitab selepas solat. Waktu yang paling sesuai ialah selepas solat subuh. Surau ini masih terus mengekalkan aktiviti Tazkirah Subuh setiap hari. Kali ini sampai giliran buku "Indahnya Hidup Bersyariah" susunan Ustaz Ismail Kamus.
Buku mengandungi perkara-perkara penting amalan syariah daripada peringkat awal kanak-kanak hinggalah ke dewasa. Baik sekali untuk ulangkaji hal-hal berkaitan fardu ain dan lain amalan syariat sebagai orang Islam.

Tazkirah cara ini, sesiapa pun boleh mengendalikan asalkan boleh membaca dengan baik dan membaca petikan -petikan bahasa Arab. Kerana kalau nak tunggu ada ustaz, susah nak dapat dan sanggup setiap hari memberi takzirah, kecualilah di tempat-tempat yang ramai ustaz-ustaz tinggal.  Yang penting majlis ilmu sentiasa ada.

Musim Marhaban Datang Lagi!

Saban tahun apabila Eidil Fitri menjelang, acara atau aktiviti marhaban diadakan dari rumah ke rumah. Surau Al-Mahabbah, tidak ketinggalan. Kaum lelaki ada kumpulannya sendiri yang bergerak ziarah dari rumah ke rumah selepas waktu maghrib dan selepas solat isya'. Kaum wanita pula  bergerak sebelah petang antara jam 3.00 - 6.00 petang.
Inilah caranya merapatkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan penduduk Islam Taman ini. Tapi malangnya ada juga yang tidak ikut serta... Walau bagaimanapun digalakkan semua ikut serta walaupun tidak memanggil orang datang ke rumahnya. Berikut adalah sebahagian gambar-gambar aktiviti ini.

 Kumpulan marhaban wanita
 Juadah istimewa tuan rumah sediakan 
 Bacaan berzanji memulakan majilis


 Pak bilal membaca rawi



Tuan rumah menyampaikan ucapan.

Friday, February 25, 2011

Gambar-gambar Sekitar Majlis Maulidurrasul.

Majlis didahulukan dengan bacaan Selawat atas Nabi.



Penceramah Undangan : Dr Norizad bin Salleh


Majlis diakhiri dengan jamuan ringan