Datuk Prof. Ab Razak Omar
menyampaikan ucapan
perasmian.
memimpin wirid khaujakan
Wanita menikmati
Jamua,
Pada 3/5/2009 bertempat di Madarasah Khaujakan Johor, Simpang Jeram, Muar telah diadakan Muktamar Khaujakan dan Mesyuarat Agung Tahunan ke 38. Majlis dirasmikan oleh Datok Prof Madya Abdul Razak bin Omar, bekas setiausaha politik YB Sahrizah dan YB Syed Hamid Albar.
Dalam ucapan perasmiannya beliau menyarankan agar aktiviti Khaujakan ini disebar di kalangan anak-anak muda. Beliau berpendapat anak-anak muda sekarang ada kekosongan dari segi keagamaan, oleh itu pelbagai gejala sosial semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Beliau berpandangan Badan Khaujakan Johor harus mencari jalan dan berusaha mengadakan aktiviti yang mesra anak-anak muda agar mereka mendekati agama.
Beliau juga telah menyatakan bahwa wirid khaujakan ini boleh meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt. dan dapat menyelamatkan umat Islam dari bencana-bencana besar akibat daripada kekufuran dan meninggalkan ajaran Islam. Beliau menceritakan pengalamannya semasa belajar di England semasa Kuwait diserang Iraq. Rakan pelajarnya dari Kuwait telah dinasihatkan oleh beliau agar mohon kepada Allah agar negaranya selamat. Rakannya menjawab, bahawa Tuhan sudah tak boleh buat apa-apa lagi kerana negaranya telah hancur, keluarga telah diganasi oleh tentera Iraq. Sudah tidak ada gunanya lagi mohon kepada Allah! Terperanjat beliau bila mendengar jawapannya. Beliau menganggap pelajar Kuwait telah murtad!
Setelah Kuwait selamat, tentera Iraq telah balik, pelajar ini menemui beliau dan menyatakan bahawa sebenarnya di Kuwait, walaupun negara Islam ramai pemimpin dan rakyatnya telah sudah tidak mengamalkan agama yang dianuti. Ini merupakan ujian Allah agar kembali kepada Allah dan ajarannya.
Beliau telah menderma RM10,000 untuk dana pembinaan semula Madarasah Khaujakan yang sedang diusahakan. Kami AJK dan Ahli-ahli Badan Khaujakan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Semoga Allah akan menambahkan lagi rezki dan mendapat kebarkatan dalam hidupnya.