Tuesday, November 03, 2009

Mengambil Pengajaran Gempa Besar di Padang


Awan yang bertuliskan Allah muncul tiga hari selepas gempa bumi di Padang


Pada 30/9/2009 telah berlaku gempa besar di Padang Sumatra Barat. Gegarannya dirasai hingga ke beberapa kawasan di Malaysia. Ia merupakan malapetaka besar yang menimpa umat Islam di Padang. Walaupun kita tahu kedudukan Padang adalah di kawasan rangkaian gunung berapi, berlakunya gempa adalah perkara biasa, iaitu faktor alam semula jadi.

Bagi orang Islam dan beriman, kejadian itu bukan semata-mata faktor alam semulajadi tetapi kajadian itu adalah dari Allah SWT. Allah yang telah mengqada' dan qadarkan peristiwa itu. Allah telah menyatakan di dalam Al-Qur'an bahwa kejadian itu adalah hasil dari perbuatan manusia itu sendiri. Oleh itu kita mendengar berbagai-bagai cerita tentang keadaan umat Islam di Padang sebelum kejadian gempa itu. Di kampung Gunung Tigo, seluruh kampung tertimbus. 500 penghuninya ditelan bumi. Kampung ini binasa, masjid, sekolah, rumah-rumah kebanyakannya rosak teruk.

Seorang pendakwah bebas dari Bukit Tinggi merasa kecewa dengan sikap kebanyakan orang Padang apabila para pendakwah ingin berdakwah di Padang. Rata-rata mereka menolak dakwah. Mereka mengatakan mereka tak perlu lagi kepada dakwah, mereka telah sempurna Ialamnya. Masjid-masjid dan surau-surau memang banyak, tapi tidak diimarahkan.

Kebanyakan orang di Padang percaya dengan perkara-perkara khurafat. Amalan berjumpa bomoh, dukun untuk meminta sesuatu seperti melariskan perniagaan, makanan di kedainya disukai orang dan sebagainya. Amalan khurafat ini begitu menyeluruh. Wanita-wanitanya tiada bezanya dengan amoi-amoi di Malaysia, pakaian yang singkat, ketat mendedahkan aurat. yang lelaki pakai seluar panjang, yang wanita pakai seluar pendek. Sudah terbalik. Pergaulan bebas, pelacuran, minuman arak menjadi kegemaran. Majlis-majlis kahwin diwarnai dengan permainan muzik dan nyanyian penyanyi dangdut! Dan berbagai lagi bentuk maksiat.

Hal ini harus menjadi iktibar kepada kita di Malaysia. Trend ke arah itu sudah ada. Kita harus yakin bahwa Allah sentiasa menguji, memberi ingatan atau mengazab kepada sesiapa yang dikehendaki. Hanya kepada Allah sahajalah kita berlindung dari segala musibah dan malapetaka yang membinasakan umat Islam. Allah telah menurunkan Al-Quran sebagai pertunjuk ke jalan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Marilah kita umat Islam kembali kepada ajaran Allah dan Rasulnya yang sangat jelas dan nyata. Jauhilah dari amalan sesat yang membawa kebinasaan.