Ahli kariah surau juga mengambil bahagian dalam program 10,000 langkah anjuran Klinik Kesihatan Sg Mati.
Tuesday, September 27, 2011
Tuesday, September 06, 2011
Tazkirah Subuh - Indahnya Hidup Bersyariat.
Paling mudah untuk mengadakan majlis ilmu ialah dengan membaca buku/kitab selepas solat. Waktu yang paling sesuai ialah selepas solat subuh. Surau ini masih terus mengekalkan aktiviti Tazkirah Subuh setiap hari. Kali ini sampai giliran buku "Indahnya Hidup Bersyariah" susunan Ustaz Ismail Kamus.
Buku mengandungi perkara-perkara penting amalan syariah daripada peringkat awal kanak-kanak hinggalah ke dewasa. Baik sekali untuk ulangkaji hal-hal berkaitan fardu ain dan lain amalan syariat sebagai orang Islam.
Tazkirah cara ini, sesiapa pun boleh mengendalikan asalkan boleh membaca dengan baik dan membaca petikan -petikan bahasa Arab. Kerana kalau nak tunggu ada ustaz, susah nak dapat dan sanggup setiap hari memberi takzirah, kecualilah di tempat-tempat yang ramai ustaz-ustaz tinggal. Yang penting majlis ilmu sentiasa ada.

Musim Marhaban Datang Lagi!
Saban tahun apabila Eidil Fitri menjelang, acara atau aktiviti marhaban diadakan dari rumah ke rumah. Surau Al-Mahabbah, tidak ketinggalan. Kaum lelaki ada kumpulannya sendiri yang bergerak ziarah dari rumah ke rumah selepas waktu maghrib dan selepas solat isya'. Kaum wanita pula bergerak sebelah petang antara jam 3.00 - 6.00 petang.
Inilah caranya merapatkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan penduduk Islam Taman ini. Tapi malangnya ada juga yang tidak ikut serta... Walau bagaimanapun digalakkan semua ikut serta walaupun tidak memanggil orang datang ke rumahnya. Berikut adalah sebahagian gambar-gambar aktiviti ini.

Kumpulan marhaban wanita
Juadah istimewa tuan rumah sediakan
Bacaan berzanji memulakan majilis
Pak bilal membaca rawi
Tuan rumah menyampaikan ucapan.
Subscribe to:
Posts (Atom)