Tuesday, October 23, 2012

Rakan Sihat Taman Muhibbah

Mulai bulan Oktober 2012 ini hingga 6 bulan akan datang diadakan program Rakan Sihat Taman Muhibbah.  Program ini adalah anjuran Pejabat Kesihatan Ledang dengan kerjasama Klinik Kesihatan Sungai Mati, Surau Al-Mahabbah dan Rukun Tetangga Taman Muhibbah.

Peserta terdiri dari penduduk Taman Muhibah dan sekitarnya. Terbuka kepada semua lapisan umur, tetapi warga emas diutamakan.

Program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya penjagaan kesihatan khususnya dari segi penyakit tidak berjangkit (NCD) iaitu seperti diabetes, hipertensi, jantung, kanser dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini adalah hasil dari gaya hidup yang kurang sihat ; dari segi pemakanan dan aktiviti fizikal. Para peserta diminta sentiasa menjaga pemakanan dan menjalankan aktiviti fizikal seperti 10,000 langkah sehari, berbasikal, berjalan cepat, bersenam dan sebagainya.

Pihak Klinik akan membuat pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa: memeriksa tekanan darah, berat badan, tahap gula dan kolesterol dalam darah, ukuran lilit pinggang. Selain itu ceramah-ceramah kesihatan juga diadakan yang akan disampaikan oleh pegawai-pegawai Pejabat Kesihatan dan Klinik.


Ceramah Pemakanan oleh Pegawai Sains Pemakanan, 
Pejabat Kesihatan Daerah Ledang. 

Thursday, April 19, 2012

Kumpulan Wirid Khaujakan

Akhir-akhir ini kehadiran wirid khaujakan agak kurang memuaskan. Wirid ini sebagai amalan tambahan untuk bekalan di akhirat kelak. Wirid ini telah disahkan oleh Jabatan Mufti Johor, sebagai wirid yang boleh diamalkan dan tidak menyelewang dari ajaran Islam sebenar. Hanya sekali seminggu, lebih baik isikan masa dengan zikir mengingati Allah daripada balik/duduk di rumah menonton TV. Kita hanya boleh mengajak, tetapi Allah yang memberi hidayah.
Masjid Jamik Dato' Ahmad, Kg Dato; Ab Rahman Yassin Kluang
Tempat diadakan majlis Khatam Al-Quran dan wirid Khaujakan 
pada 25 Mac, 2012.