Pada 1hb Muharam 1430, bersamaan 29/12/2008 telah diadakan majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Johor di Kompleks Islam di Johor Bahru. Salah satu aturcara majlis ini adalah penganugerahan Masjid dan Surau cemerlang negeri Johor.

Surau Al-Mahabbah yang mewakili daerah Ledang telah diiystiharkan sebagai Johan Surau Cemerlang bagi tahun 1430H.
Tn Haji Mokhy, Timbalan Pengerusi telah menerima anugerah itu dengan hadiah cek RM4000.00 sebagai Johan negeri dan RM3000.00 sebagai johan daerah beserta dengan sijil.
Diucapkan setinggi tahniah kepada semua ahli Jawatankuasa dan para jemaah surau Al-Mahabbah yang telah melaksanakan tugas masing-masing dengan cemerlang. Kita seharusnya mengekalkan kecemerlangan ini sampai bila-bila bukan kerana bertanding tapi kerana mengimarahkan surau adalah tugas kita bersama.
Kita sudah cemerlang di sisi manusia, kita juga mahu cemerlang di sisi Allah s.w.t. dengan meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNya.
Tahniah kepada warga al-mahabbah!
ReplyDelete