Pada 19/10/2009 lalu di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru diadakan taklimat mengenai rancangan Jabatan Agama Johor untuk mentransformasi peranan masjid dan surau negeri Johor menjadi pusat komuniti masyarakat Islam. Masjid bukan sahaja tempat beribadah tetapi juga merupakan pusat untuk menyemai perpaduan, pusat kegiatan masyarakat, pusat mengembangkan ilmu dan pelbagai lagi aspek kehidupan setempat.
Pengarah Jabatan Agama Johor, Tn Haji Abd Rahman Jaafar telah memberi taklimat tentang plan tindakan ini. Disampaikan juga taklimat 'Pengurusan Masjid Cemerlang: Pengalaman Masjid Jamek Bandar Baru Uda, J. Bahru. ' oleh bendahari masjid berkenaan. Masjid Bandar Baru Uda dipimpin oleh mereka yang berwibawa dan sentiasa proaktif. Syabas!
Melihat kepada senario semasa, dengan keadaan sikap masyarakat, Plan tindakan ini merupakan satu cabaran yang besar. Mungkin plan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, kalau AJK Masjid/surau mempunyai sikap positif dan bertenaga. Diharap pihak Jabatan Agama akan menggerakkan segala jenteranya untuk merealisasikan gagasan baik ini.
Tuesday, October 20, 2009
Saturday, October 17, 2009
Ibadat Qurban Berkumpulan 1430H
Sebagaimana tahun-tahun yang lepas, Surau Al-Mahabbah menganjurkan Ibadah Qurban secara berkumpulan pada tahun ini. Tempahan sudah dibuka. Sumbangan bagi satu bahagian lembu adalah RM350.00. Satu ekor lembu boleh dibahagi kepada tujuh bahagian. Pada lazimnya surau ini hanya menguruskan setakat tiga (3) ekor sahaja. Tempahan akan ditutup apabila cukup tempahan untuk tiga ekor lembu.
Ibadah qurban adalah ibadah tahunan yang merupakan sunat muakad, iaitu yang dituntut. Sebaik-baiknya setiap orang membuat qurban ini setiap tahun, tetapi sekurang-kurangnya dalam keluarga kita ada yang membuat ibadah qurban setiap tahun. Berikut adalah Hadis dan ayat Al-Quran yang menerangkan kelebihan Qurban.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang maksudnya : “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Allah berfirman yang bermaksud:
“Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan.” (Surah Al-Haj, ayat 37)
Tuesday, October 13, 2009
Pengantin Baru
Marhaban Lagu Lama
Kumpulan Marhaban Masjid Sungai Mati, Ledang berhariraya di rumah ketua kumpulan Tn Haji Azhar Ibrahim.
Tuesday, October 06, 2009
Guru Takmir Surau dianugerahi "Ibubapa Mithali"

Tuan Haji Othman bin Abdul Rahim dan pasangannya Pn Hjh Noraini Abd Rahman telah diisytiharkan sebagai 'Ibubapa mithali' peringkat daerah Muar pada 1Oktober 2009 lalu. Tn Hj Othman adalah guru yang mengajar tauhid di surau ini 2 minggu sekali. Anak-anaknya yang seramai 7 orang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Anaknya yang sulung Dr. Zulkifli menjawat Pegawai Kesihatan Kanan Daerah Muar.
Tn Haji Othman walaupun sudah berusia 82 tahun, masih cergas melibatkan diri mengajar di masjid dan surau-surau sekitar daerah Muar. Diucapkan tahniah, semoga pasangan ini menjadi contoh kepada pasangan-pasangan muda di daerah ini khususnya dan negeri Johor amnya dalam mendidik anak-anak sehingga berjaya dan mempunyai akhlak yang baik. Beliau akan mewakili daerah Muar ke peringkat negeri.
Thursday, October 01, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)