Saturday, October 17, 2009

Ibadat Qurban Berkumpulan 1430H

Sebagaimana tahun-tahun yang lepas, Surau Al-Mahabbah menganjurkan Ibadah Qurban secara berkumpulan pada tahun ini. Tempahan sudah dibuka. Sumbangan bagi satu bahagian lembu adalah RM350.00. Satu ekor lembu boleh dibahagi kepada tujuh bahagian. Pada lazimnya surau ini hanya menguruskan setakat tiga (3) ekor sahaja. Tempahan akan ditutup apabila cukup tempahan untuk tiga ekor lembu.

Ibadah qurban adalah ibadah tahunan yang merupakan sunat muakad, iaitu yang dituntut. Sebaik-baiknya setiap orang membuat qurban ini setiap tahun, tetapi sekurang-kurangnya dalam keluarga kita ada yang membuat ibadah qurban setiap tahun. Berikut adalah Hadis dan ayat Al-Quran yang menerangkan kelebihan Qurban.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang maksudnya : “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Allah berfirman yang bermaksud:

“Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan.” (Surah Al-Haj, ayat 37)

No comments:

Post a Comment