Pada 19/10/2009 lalu di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru diadakan taklimat mengenai rancangan Jabatan Agama Johor untuk mentransformasi peranan masjid dan surau negeri Johor menjadi pusat komuniti masyarakat Islam. Masjid bukan sahaja tempat beribadah tetapi juga merupakan pusat untuk menyemai perpaduan, pusat kegiatan masyarakat, pusat mengembangkan ilmu dan pelbagai lagi aspek kehidupan setempat.
Pengarah Jabatan Agama Johor, Tn Haji Abd Rahman Jaafar telah memberi taklimat tentang plan tindakan ini. Disampaikan juga taklimat 'Pengurusan Masjid Cemerlang: Pengalaman Masjid Jamek Bandar Baru Uda, J. Bahru. ' oleh bendahari masjid berkenaan. Masjid Bandar Baru Uda dipimpin oleh mereka yang berwibawa dan sentiasa proaktif. Syabas!
Melihat kepada senario semasa, dengan keadaan sikap masyarakat, Plan tindakan ini merupakan satu cabaran yang besar. Mungkin plan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, kalau AJK Masjid/surau mempunyai sikap positif dan bertenaga. Diharap pihak Jabatan Agama akan menggerakkan segala jenteranya untuk merealisasikan gagasan baik ini.
Tuesday, October 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment