Friday, December 04, 2009

Tazkirah Subuh oleh Ustaz Zahazan Mohamad

Setiap selepas solat subuh di surau Al-Mahabbah diadakan tazkirah ringkas. Ia mengambil masa lebih kurang 10-15 minit. Selain daripada membaca buku, sekarang ini dimasukkan kuliah Tafsir Al-Quran oleh Ustaz Zahazan Mohamad 2 atau 3 kali seminggu iaitu dengan memperdengarkan rakaman kuliah beliau dari radio IKIM.FM. Diharap Ustaz Zahazan membenarkan.

Tuesday, November 03, 2009

Mengambil Pengajaran Gempa Besar di Padang


Awan yang bertuliskan Allah muncul tiga hari selepas gempa bumi di Padang


Pada 30/9/2009 telah berlaku gempa besar di Padang Sumatra Barat. Gegarannya dirasai hingga ke beberapa kawasan di Malaysia. Ia merupakan malapetaka besar yang menimpa umat Islam di Padang. Walaupun kita tahu kedudukan Padang adalah di kawasan rangkaian gunung berapi, berlakunya gempa adalah perkara biasa, iaitu faktor alam semula jadi.

Bagi orang Islam dan beriman, kejadian itu bukan semata-mata faktor alam semulajadi tetapi kajadian itu adalah dari Allah SWT. Allah yang telah mengqada' dan qadarkan peristiwa itu. Allah telah menyatakan di dalam Al-Qur'an bahwa kejadian itu adalah hasil dari perbuatan manusia itu sendiri. Oleh itu kita mendengar berbagai-bagai cerita tentang keadaan umat Islam di Padang sebelum kejadian gempa itu. Di kampung Gunung Tigo, seluruh kampung tertimbus. 500 penghuninya ditelan bumi. Kampung ini binasa, masjid, sekolah, rumah-rumah kebanyakannya rosak teruk.

Seorang pendakwah bebas dari Bukit Tinggi merasa kecewa dengan sikap kebanyakan orang Padang apabila para pendakwah ingin berdakwah di Padang. Rata-rata mereka menolak dakwah. Mereka mengatakan mereka tak perlu lagi kepada dakwah, mereka telah sempurna Ialamnya. Masjid-masjid dan surau-surau memang banyak, tapi tidak diimarahkan.

Kebanyakan orang di Padang percaya dengan perkara-perkara khurafat. Amalan berjumpa bomoh, dukun untuk meminta sesuatu seperti melariskan perniagaan, makanan di kedainya disukai orang dan sebagainya. Amalan khurafat ini begitu menyeluruh. Wanita-wanitanya tiada bezanya dengan amoi-amoi di Malaysia, pakaian yang singkat, ketat mendedahkan aurat. yang lelaki pakai seluar panjang, yang wanita pakai seluar pendek. Sudah terbalik. Pergaulan bebas, pelacuran, minuman arak menjadi kegemaran. Majlis-majlis kahwin diwarnai dengan permainan muzik dan nyanyian penyanyi dangdut! Dan berbagai lagi bentuk maksiat.

Hal ini harus menjadi iktibar kepada kita di Malaysia. Trend ke arah itu sudah ada. Kita harus yakin bahwa Allah sentiasa menguji, memberi ingatan atau mengazab kepada sesiapa yang dikehendaki. Hanya kepada Allah sahajalah kita berlindung dari segala musibah dan malapetaka yang membinasakan umat Islam. Allah telah menurunkan Al-Quran sebagai pertunjuk ke jalan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Marilah kita umat Islam kembali kepada ajaran Allah dan Rasulnya yang sangat jelas dan nyata. Jauhilah dari amalan sesat yang membawa kebinasaan.

Tuesday, October 20, 2009

Taklimat 'Plan Tindakan Transformasi Masjid Johor.

Pada 19/10/2009 lalu di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru diadakan taklimat mengenai rancangan Jabatan Agama Johor untuk mentransformasi peranan masjid dan surau negeri Johor menjadi pusat komuniti masyarakat Islam. Masjid bukan sahaja tempat beribadah tetapi juga merupakan pusat untuk menyemai perpaduan, pusat kegiatan masyarakat, pusat mengembangkan ilmu dan pelbagai lagi aspek kehidupan setempat.

Pengarah Jabatan Agama Johor, Tn Haji Abd Rahman Jaafar telah memberi taklimat tentang plan tindakan ini. Disampaikan juga taklimat 'Pengurusan Masjid Cemerlang: Pengalaman Masjid Jamek Bandar Baru Uda, J. Bahru. ' oleh bendahari masjid berkenaan. Masjid Bandar Baru Uda dipimpin oleh mereka yang berwibawa dan sentiasa proaktif. Syabas!

Melihat kepada senario semasa, dengan keadaan sikap masyarakat, Plan tindakan ini merupakan satu cabaran yang besar. Mungkin plan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, kalau AJK Masjid/surau mempunyai sikap positif dan bertenaga. Diharap pihak Jabatan Agama akan menggerakkan segala jenteranya untuk merealisasikan gagasan baik ini.

Saturday, October 17, 2009

Ibadat Qurban Berkumpulan 1430H

Sebagaimana tahun-tahun yang lepas, Surau Al-Mahabbah menganjurkan Ibadah Qurban secara berkumpulan pada tahun ini. Tempahan sudah dibuka. Sumbangan bagi satu bahagian lembu adalah RM350.00. Satu ekor lembu boleh dibahagi kepada tujuh bahagian. Pada lazimnya surau ini hanya menguruskan setakat tiga (3) ekor sahaja. Tempahan akan ditutup apabila cukup tempahan untuk tiga ekor lembu.

Ibadah qurban adalah ibadah tahunan yang merupakan sunat muakad, iaitu yang dituntut. Sebaik-baiknya setiap orang membuat qurban ini setiap tahun, tetapi sekurang-kurangnya dalam keluarga kita ada yang membuat ibadah qurban setiap tahun. Berikut adalah Hadis dan ayat Al-Quran yang menerangkan kelebihan Qurban.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang maksudnya : “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Allah berfirman yang bermaksud:

“Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan.” (Surah Al-Haj, ayat 37)

Tuesday, October 13, 2009

Pengantin Baru



Seorang ahli kariah surau telah menikah lagi setelah membujang beberapa tahun akibat kematian isteri kesayangannya secara mengejut. Diucapkan Selamat Pengantin Baru semoga berbahagia sehingga akhir hayat.

Marhaban Lagu Lama

Kumpulan Marhaban Masjid Sungai Mati, Ledang berhariraya di rumah ketua kumpulan Tn Haji Azhar Ibrahim.

Tuesday, October 06, 2009

Berhari raya di rumah Tok Penghulu Serom

Tok Penghulu memberi duit raya

Tok Penghulu Hj Ab Latif Ahmad menyampaikan ucapan

Rombongan marhaban berselawat.

Guru Takmir Surau dianugerahi "Ibubapa Mithali"



Tuan Haji Othman bin Abdul Rahim dan pasangannya Pn Hjh Noraini Abd Rahman telah diisytiharkan sebagai 'Ibubapa mithali' peringkat daerah Muar pada 1Oktober 2009 lalu. Tn Hj Othman adalah guru yang mengajar tauhid di surau ini 2 minggu sekali. Anak-anaknya yang seramai 7 orang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Anaknya yang sulung Dr. Zulkifli menjawat Pegawai Kesihatan Kanan Daerah Muar.

Tn Haji Othman walaupun sudah berusia 82 tahun, masih cergas melibatkan diri mengajar di masjid dan surau-surau sekitar daerah Muar. Diucapkan tahniah, semoga pasangan ini menjadi contoh kepada pasangan-pasangan muda di daerah ini khususnya dan negeri Johor amnya dalam mendidik anak-anak sehingga berjaya dan mempunyai akhlak yang baik. Beliau akan mewakili daerah Muar ke peringkat negeri.

Thursday, October 01, 2009

Kunjungan ke rumah guru


Marhaban semasa kunjungan ke rumah Ustaz Hidir Ismail di Serom 3.

Marhaban Wanita

Tuesday, September 29, 2009

Sunday, September 27, 2009

Ziarah Marhaban Aidilfitri

Aktiviti tahunan ini dijalankan lagi tahun ini. Program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli kariah surau.




Monday, September 21, 2009

Tazkirah Kesyukuran Ramadhan.

MAK!

ORANG KATA AKU LAHIR DARI PERUT MAK..
BUKAN ORANG KATA…MEMANG BETUL!

BILA DAHAGA, YANG SUSUKAN AKU…MAK
BILA LAPAR, YANG SUAPKAN AKU... MAK
BILA KESEORANGAN, YANG SENTIASA DI SAMPINGKU …MAK

KATA MAK, PERKATAAN PERTAMA YANG AKU SEBUT…MAK,

BILA BANGUN TIDUR, AKU CARI…MAK
BILA NANGIS, ORANG PERTAMA YANG DATANG …MAK
BILA NAK BERMANJA, AKU DEKATI… MAK

BILA NAK BERGESEL, AKU DUDUK SEBELAH…MAK

BILA SEDIH, YANG BOLEH MEMUJUKKU HANYA… MAK
BILA NAKAL, YANG MEMARAHI AKU…MAK
BILA MERAJUK, YANG MEMUJUK KU CUMA… MAK
BILA MELAKUKAN KESELAHAN, YANG PALING CEPAT MARAH…MAK

BILA TAKUT, YANG TENANGKAN AKU …MAK
BILA NAK PELUK, YANG AKU SUKA PELUK… MAK

AKU SELALU TERINGATKAN …MAK
BILA SEDIH, AKU MESTI TALIPON …MAK
BILA SERONOK, ORANG PERTAMA AKAU NAK BERITAHU… MAK
BILA BENGANG… AKU SUKA LUAH PADA …MAK

BILA TAKUT, AKU SELALU PANGGIL … “MMAAAKK”
BILA SAKIT, ORANG PALING RISAU ADALAH …MAK
BILA NAK EXAM, ORANG PALING SIBUK JUGA…MAK
BILA BUAL HAL, YANG MARAH AKU DULU…MAK
BILA ADA MASALAH, YANG PALING RISAU…MAK

YANG MASIH PELUK DAN CIUM AKU SAMPAI HARI INI…MAK
YANG SELALU MASAK MAKANAN KEGEMARANKU… MAK
KALAU BALIK KE KAMPUNG, YANG SELALU BEKALKAN ULAM DAN LAUK-PAUK…MAK

YANG SELALU BERLETER KAT AKU… MAK
YANG SELALU PUJI AKU…MAK
YANG SELALU NASIHAT AKU …MAK
BILA NAK KAHWIN… ORANG PERTAMA AKU TUNJUK DAN RUJUK…MAK



AKU ADA PASANGAN HIDUP SENDIRI……..
BILA SERONOK, AKU CARI ...PASANGANKU
BILA SEDIH, AKU CARI…MAK

BILA BERJAYA, AKU CERITAKAN PADA… PASANGANKU
BILA GAGAL, AKU CERITAKAN PADA…MAK

BILA BAHAGIA, AKU PELUK ERAT…PASANGANKU
BILA BERDUKA, AKU PELUK ERAK…EMAKKU.

BILA NAK BERCUTI, AKU BAWA…PASANGANKU
BILA SEBUK, AKU HANTAR ANAK KE RUMAH…MAK

BILA SAMBUT VALENTINE… AKU BAGI HADIAH PADA …PASANGANKU
BILA SAMBUT HARI IBU… AKU CUKA DAPAT UCAPKAN “SELAMAT HARI IBU”

SELALU…AKU INGAT PASANGANKU
SELALU… MAK INGAT KAT AKU

BILA-BILA… AKU AKAN TALIPON PASANGANKU
ENTAH BILA….AKU NAK TALIPON MAK!
SELALU … AKU BELIKAN HADIAH UNTUK PASANGANKU,
ENTAH BILA … AKU NAK BELIKAN HADIAH UNTUK EMAK.

RENUNGKAN….
“KALAU KAU SUDAH HABIS BELAJAR DAN BEKERJA… BOLEHKAH KAU KIRIM WANG UNTUK MAK?
MAK BUKAN NAK BANYAK…. LIMA PULUH RINGGIT SEBULAN PUN CUKUPLAH”
BERDERAI AIR MATA JIKA KITA MENDENGARNYA….

TAPI KALAU MAK SUDAH TIADA
MAKKK… RINDU MAK….RINDU SANGAT…..

BERAPA RAMAI YANG SANGGUP MENYUAPKAN IBUNYA…
BERAPA RAMAI YANG SANGGUP MENCUCI MUNTAH IBUNYA…
BERAPA RAMAI YANG SANGGUP MENGGANTIKAN LAMPIN IBUNYA…
BERAPA RAMAI YANG SANGGUP MEMBERSIHKAN NAJIS IBUNYA…
BERAPA RAMAI YANG SANGGUP MEMBUANG ULAT DAN MEMBERSIHKAN LUKA KUDIS IBUNYA…
BERAPA RAMAI YANG SANGGUP BERHENTI KERJA UNTUK MENJAGA IBUNYA…
DAN AKHIR SEKALI BERAPA RAMAI YANG SEMBAHYANGKAN JENAZAH IBUNYA…

SEORANG ANAK MENDAPATKAN IBUNYA YANG SEDANG SIBUK MENYEDIAKAN MAKAN MALAM DI DAPUT LALU MENGHULURKAN SEKEPING KERTAS YANG BERTULIS SESUATU…. SI IBU SEGERA MENGESAT TANGAN DI APRON MENYAMBUT KERTAS YANG DIHULURKAN OLEH SI ANAK LALU MEMBACANYA :
1.TOLONG PERGI KEDAI: RM 4.00
2. TOLONG JAGA ADIK : RM4.00
3. TOLONG BUANG SAMPAH : RM1.00
4. TOLONG KEMAS BILIK : RM 2.00
5. TOLONG SIRAM BUNGA : RM3.00
6. TOLONG SAPU SAMPAH : RM3.00
JUMLAH : RM17.00….

SELESAI MEMBACA, SI IBU TERSENYUM MEMANDANG SI ANAK SAMBIL SESUATU BERLEGAR DI MINDANYA. SI IBU MENCAPAI SEBATANG PEN DAN MENULIS SESUATU DI BELAKANG KERTAS YANG SAMA:
1. KOS MENGANDUNGKANMU SELAMA 9 BULAN – PERCUMA
2. KOS BERJAGA MALAM KERANA MENJAGAMU – PERCUMA
3. KOS AIR MATA YANG MENITIS KERANAMU – PERCUMA
4. KOS KERUNSINGAN KERANA BIMBANGKANMU – PERCUMA
5. KOS MENYEDIAKAN MAKAN MIMUM, PAKAIAN DAN KEPERLUANMU – PERCUMA

JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU – PERCUMA.

AIR MATA SI ANAK BERLINANG SETELAH MEMBACA APA YANG DITULISKAN OLEH IBU. SI ANAK MENATAP WAJAH IBU MEMELUKKNYA DAN BERKATA, “SAYA SAYANGKAN IBU”. KEMUDIAN SI ANAK MENGAMBIL DAN MENULIS : “TELAH DIBAYAR” PADA MUKA SURAT YANG SAMA DITULISNYA….

Nukilan Tn Haji Sahiran bin Md Top.
Disampaikan pada majlis berbuka puasa di Surau Al-Mahabbah pada 12/9/2009, bersaman 22 Ramadan 1430H.

Friday, August 21, 2009

Monday, May 04, 2009

Muktamar Khaujakan 2009

Naib Pengerusi 1, Tn Hj Kamal Osman mewakili pengerusi

YDP Khaujakan Johor, Ustaz Ahmad Tunggal




Datuk Prof. Ab Razak Omar
menyampaikan ucapan
perasmian.
















Timb YDP, Ust. Ahmad Zawawi Ali
memimpin wirid khaujakan
















Sebahagian peserta
Wanita menikmati
Jamua,







Pada 3/5/2009 bertempat di Madarasah Khaujakan Johor, Simpang Jeram, Muar telah diadakan Muktamar Khaujakan dan Mesyuarat Agung Tahunan ke 38. Majlis dirasmikan oleh Datok Prof Madya Abdul Razak bin Omar, bekas setiausaha politik YB Sahrizah dan YB Syed Hamid Albar.

Dalam ucapan perasmiannya beliau menyarankan agar aktiviti Khaujakan ini disebar di kalangan anak-anak muda. Beliau berpendapat anak-anak muda sekarang ada kekosongan dari segi keagamaan, oleh itu pelbagai gejala sosial semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Beliau berpandangan Badan Khaujakan Johor harus mencari jalan dan berusaha mengadakan aktiviti yang mesra anak-anak muda agar mereka mendekati agama.

Beliau juga telah menyatakan bahwa wirid khaujakan ini boleh meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt. dan dapat menyelamatkan umat Islam dari bencana-bencana besar akibat daripada kekufuran dan meninggalkan ajaran Islam. Beliau menceritakan pengalamannya semasa belajar di England semasa Kuwait diserang Iraq. Rakan pelajarnya dari Kuwait telah dinasihatkan oleh beliau agar mohon kepada Allah agar negaranya selamat. Rakannya menjawab, bahawa Tuhan sudah tak boleh buat apa-apa lagi kerana negaranya telah hancur, keluarga telah diganasi oleh tentera Iraq. Sudah tidak ada gunanya lagi mohon kepada Allah! Terperanjat beliau bila mendengar jawapannya. Beliau menganggap pelajar Kuwait telah murtad!

Setelah Kuwait selamat, tentera Iraq telah balik, pelajar ini menemui beliau dan menyatakan bahawa sebenarnya di Kuwait, walaupun negara Islam ramai pemimpin dan rakyatnya telah sudah tidak mengamalkan agama yang dianuti. Ini merupakan ujian Allah agar kembali kepada Allah dan ajarannya.

Beliau telah menderma RM10,000 untuk dana pembinaan semula Madarasah Khaujakan yang sedang diusahakan. Kami AJK dan Ahli-ahli Badan Khaujakan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Semoga Allah akan menambahkan lagi rezki dan mendapat kebarkatan dalam hidupnya.

Tuesday, April 28, 2009

Membudayakan Al-Qur'an

Para Jemaah sedang membaca Al-Qur'an dipimpin oleh Imam


Membudayakan Al-Qur'an adalah program yang dianjurkan oleh Menteri Besar Johor bagi meningkatkan lagi kemahiran dan kefahaman Al-Quran di kalangan umat Islam negeri Johor.
Program ini telah berjalan sejak 12 tahun lalu.

Setiap masjid dan surau di Johor dikehendaki melaksanakan program ini. Kerajaan Johor telah membekalkan naskhah Al-Qur'an Pimpinan Ar-Rohman yang ada terjemahannya kepada semua masjid dan surau seluruh negeri Johor.

Membuadayakan Al-Qur'an dipimpin oleh Imam atau ahli kariah yang baik bacaan Al-Qur'annya. Imam membaca dengan bacaan yang baik dan diikuti oleh para jemaah, kemudian dibacakan terjemahannya. Dengan ini peserta program akan dapat memahirkan bacaan dan dapat memahami isi kandungan Al-Qur'an.

Semoga program ini dapat diteruskan sehingga bila-bila, disamping diadakan kelas/kuliah tafsir bagi meningkatkan kefahaman Al-Qur'an di kalangan masyarakat Islam Johor.

Saturday, April 04, 2009

Maklumat Asas Surau

BUTIRAN SURAU:

1. Nama : SURAU AL-MAHABBAH
2. Alamat :
TAMAN MUHIBBAH, SUNGAI MATI,
84400 LEDANG, JOHOR
3. Mukim : SEROM
4. No Telefon : 06-9752022 / 013-3923757 (Pengerusi)
06-9752733 / 0129709544 (Setiausaha)

5. Laman Web : http://suraualmahabbah.blogspot.com/

6. AKAUN: BANK : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Muar
Nama Akaun : SURAU AL-MAHABBAH ATAU
SURAU TAMAN MUHIBAH
Nombor Akaun : 01 023 01 002806 4

MAKLUMAT TAPAK TANAH

1. No Lot : PTD 10439

2. Mukim : SEROM

3. Keluasan : 1,545 Meter Persegi

4. Kelulusan : Kelulusan Pentadbir Tanah Muar

Rujukan : PTDM(PEMB) 53/2000

Tarikh : 5/12/2003

5. Status Tanah: Milik – Majlis Agama Islam Negeri Johor

Kawasan – Luar Rizab Melayu

Kegunaan – Bangunan (Tapak Surau)

Pajakan – Selama-lamanya. (Geran Kekal )

BANGUNAN:
1. Tahun mula dibina : 1983
2. Tahun bina semula
: 2003
3. Keluasan dalaman : 1500 kaki persegi
4. Muatan Jemaah
: 96 orang (ruang solat lelaki)
50 orang (ruang solat wanita)
5. Ruang / bilik
:
1. Ruang solat utama (dilengkapi alat hawa dingin)
2. Ruang solat wanita (dilengkapi alat hawa dingin)
3. Bilik siaran
4. Bilik urusetia
5. Bilik Setor kecil
6. Dewan serbaguna
7. Bilik Aktiviti Wanita
8. Bilik Setor besar.


Kumudahan Dalaman

1. Tempat Wuduk Lelaki

2. Tempat Wuduk / bilik kemas diri wanita

3. Tandas wanita (2 buah)

4. Tandas lelaki (2 buah)

5. Ruang kemas diri lelaki.

6. Mangkuk cuci tangan (sinky)

7. Air bertapis boleh minum

Kemudahan Luaran

1. Balai berteduh (2 buah)

2. Balai/pondok serbaguna

3. Kawasan lapang tempat letak kereta

4. Ruang / kotak Kitar Semula.

5. bangku batu

6. bangku besi


Ahli Jawatankuasa 2008-2010

AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN 2008 – 2010

DAN PEGAWAI SERTA KAKITANGAN

Ahli Jawatankuasa

Pengerusi

  • Hj Jema’on bin Hj Nasir

Timbalan Pengerusi

  • Hj Mokhy bin Saidon

Setiausaha

  • Hj Sahiran bin Mat Top

Penolong Setiausaha

  • En Ibrahim b Yasin

Bendahari

  • Hj Mohamad bin Hj Dasuki



Pengerusi Biro


Pembangunan dan ekonomi

  • En A Majid bin Mohamad

Pendidikan dan Dakwah

  • Hj Shamsudin bin Hj Jabbar

Kebajikan, Sosial dan kebudayaan

  • En Wahab bin Jaat

Kebersihan dan keceriaan

  • Hj Abd Wahab bin Hj Ridhuan

Takmir/Imam

  • Hj Kahar bin Othman

Hal ehwal wanita

  • Hjh Masriah bt Hj Yusop

Rekreasi dan rakan muda

  • Hj Sawal bin Simin

Penerangan dan Penerbitan

  • Hj Jema’on bin Hj Nasir

Pemeriksa kira-kira 1

  • Haji Misbah bin Tumar

Pemeriksa kira-kira 2

  • Encik Mohd Noh bin Mesbah



Pegawai Surau


Imam

  • Hj Kahar bin Othman

Pembantu Imam

  • Encik Ibrahim b Yasin


  • Ustaz Mohd Hanafi b Abd Rahman

Bilal

  • Encik Abd Wahab bin Jaat

Pembantu bilal

  • Hj Ghazali bin Talib

Noja

  • Encik Saripin bin Kaslan





Saturday, February 28, 2009

Majlis Maulidurrasul

Majlis Maulidurrasul akan diadakan pada 8 Mac 2009 selepas solat maghrib. Majlis ini tidak akan diisi dengan ceramah agama, tetapi diisi dengan berselawat dan berzikir.

Para jemaah surau diminta membawa sedikit juadah untuk bersama-sama dinikmati selepas majlis.

Diharap para jemaah dapat hadir ke surau beramai-ramai.

Sunday, February 22, 2009

Tazkirah Subuh - Kesah ketaatan anak kepada ibunya.

Dalam surah Al-Baqarah ada disebutkan kisah satu pembunuhan yang tidak diketahui pembunuhnya di zaman Nabi Musa a.s. Orang ramai meminta Nabi Musa supaya dapat mencarikan pembunuhnya. Nabi Musa a.s. meminta mereka menyembelih seekor lembu. Tetapi mereka merasa perintah Nabi Musa a.s. sebagai guraun sahaja.

Ada seorang muda yang menjadi pewaris mutlak harta sepupunya kerana tiada orang lain yang layak mewarisi hartanya kecuali dia. Untuk membolehkan pewaris ini mendapat harta dengan segera ialah dengan cara membunuhnya. Oleh itu kerana sifat tamaknya, dia membunuh sepupunya itu tanpa sesiapa mengetahuinya.

Ada sebuah keluarga yang bapanya telah meninggalkan dunia dan mewariskan kepada satu-satu anak lelakinya seekor lembu yang lepaskan dalam hutan. Lembu itu lari jika berjumpa orang. Ibu anak ini memberitahu anaknya yang dia ada seekor lembu di dalam hutan. Ibunya meminta anak ini mencari lembu itu agar dapat dijual. Maka anak muda ini keluar ke dalam hutan mencari lembu itu. Sudah ditakdirkan lembu itu mengenali tuannya dan dibawanya balik ke rumah. Anak memberitahu ibunya yang dia hendak menjual lembu itu. Ibunya berkata: pergilah ke pasar dan juallah dengan harga tiga dinar. Kalau ada yang hendak membeli dengan selain harga itu beritahu ibu.

Apabila sampai di pasar ada orang hendak membeli dan menawarkan harga enam dinar. Anak itu balik menemui ibunya untuk mendapat restunya dengan harga tersebut. Ibunya membenarkan dijual dengan harga itu, dan mengingatkan lagi jika ada tawaran selain harga itu hendaklah mendapat kebenaran ibunya. Apabila sampai di pasar orang yang hendak membeli lembu itu menawarkan harga dua kali ganda lagi, iaitu dua belas dinar. Anak itupun balik memberitahu tawaran itu dan terus mengingatkan jika ada tawaran selain harga itu, hendaklah mendapat kebenarannya. Begitulah berlaku berulang kali. Akhirnya ibunya memberitahu anaknya bahawa orang itu adalah malaikat yang menguji kesetiaan anaknya kepada ibunya. Ibunya menyuruh anaknya bertanya kepada orang itu sama ada lembu itu boleh dijual atau tidak. Orang itu memberitahu agar lembu itu jangan dijual.

Rupa-rupanya lembu inilah yang dicari untuk disembelih sebagaimana yang diperintahkan oleh Nabi Musa a.s. kepada kaum Bani Israil bagi mengetahui siapakah pembunuh pemuda seperti di atas tadi. Jadi, apabila diketahui itulah lembunya, maka orang menawar harga yang lebih tinggi lagi.

Setelah disembelih, diambil kulitnya, dan dipukulkan kulit lembu itu ke atas mayat pemuda yang terbunuh seperti yang diarahkan oleh Nabi Musa a.s. , tiba-tiba mayat itu bangun dan memberitahu siapa pembunuhnya. Setelah itu pemuda itu jatuh dan terus mati.

Demikian kisah pemuda yang taat dengan perintah ibunya.

Thursday, February 12, 2009

Wednesday, February 11, 2009

Bergambar selepas menerima anugerah

BLOG SURAU AL-MAHABBAH

...BLOG DALAM PEMBINAAN...

Sila hantar bahan dan maklumbalas kepada
jemaonnasir@gmail.com
lafaz6a@gmail.com

Sifat bakhil itu satu pohon di neraka

Dalam tazkirah subuh minggu lalu, telah dinyatakan beberapa sifat yang menyelamatkan kita di akhirat kelak. Satu daripada sifat itu ialah 'Pemurah'. Lawan kepada sifat ini ialah 'bakhil' atau kedekut. Sifat bakhil adalah sifat yang membinasakan.

Sebuah hadis ada menyebut yang maksudnya : Sifat pemurah itu adalah satu pohon dalam Syurga yang rantingnya terjuntai di dunia. Barangsiapa yang bergayut pada ranting itu (mempunyai sifat pemurah) pasti ia akan masuk syurga.

Sifat bakhil juga adalah satu pohon di neraka yang rantingnya sampai ke dunia. Sesiapa yang bergayut pada ranting itu (mempunyai sifat kedekut) pasti ia akan masuk neraka! Begitulah lebih kurang maksud hadis yang saya fahami dalam tazkirah itu.

Berbahagialah mereka yang berhati pemurah dan celakalah mereka yang mempunyai sifat bakhil. Janganlah hampakan orang yang meminta, kalau ada, berilah. Kalau tak ada yang hendak diberi, berkata-katalah dengan kata-kata yang baik.


Semerah Padi.

Surau Al-Mahabbah Johan Surau Cemerlang Negeri Johor 1430H

Pada 1hb Muharam 1430, bersamaan 29/12/2008 telah diadakan majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Johor di Kompleks Islam di Johor Bahru. Salah satu aturcara majlis ini adalah penganugerahan Masjid dan Surau cemerlang negeri Johor.
Surau Al-Mahabbah yang mewakili daerah Ledang telah diiystiharkan sebagai Johan Surau Cemerlang bagi tahun 1430H.

Tn Haji Mokhy, Timbalan Pengerusi telah menerima anugerah itu dengan hadiah cek RM4000.00 sebagai Johan negeri dan RM3000.00 sebagai johan daerah beserta dengan sijil.

Diucapkan setinggi tahniah kepada semua ahli Jawatankuasa dan para jemaah surau Al-Mahabbah yang telah melaksanakan tugas masing-masing dengan cemerlang. Kita seharusnya mengekalkan kecemerlangan ini sampai bila-bila bukan kerana bertanding tapi kerana mengimarahkan surau adalah tugas kita bersama.

Kita sudah cemerlang di sisi manusia, kita juga mahu cemerlang di sisi Allah s.w.t. dengan meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNya.